Latar Belakang

         Cik Siti Aisyah Binti Ali merupakan seorang anak bongsu dari 5 adik beradik. Setelah tamat pendidikan di peringkat SPM beliau menyambung pelajaran di Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian di dalam jurusan Teknologi Tekstil atau bidang jahitan. Beliau memilih bidang ini kerana minat dan juga telah terdedah dengan kemahiran menjahit semasa di SMK Ayer Baloi, Pontian. Setelah tamat pengajian di KKBN pada Disember 2015, beliau telah mengorak langkah untuk menjadi usahawan jahitan pada Februari 2016. Dengan segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi kini Cik Siti Aisyah telah bergelar seorang usahawan muda yang berdedikasi untuk memajukan perniagaan jahitan beliau. Beliau telah menjalankan perniagaan jahitan pelbagai jenis pakaian perempuan, lelaki dan kanak-kanak. Seperti baju kurung moden, kebaya, kurta dan langsir.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M

      Pendapatan bulanan adalah tidak menentu sebelum menggunakan ICT. Pendapatan kasar bulanan adalah sekitar RM 400 ke RM 600

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M

Dengan pembelajaran sendiri atau kelas ICT yang diikuti oleh Cik Siti Aisyah di Pi1M Kg Pulai Sebatang telah memberi kefahaman yang jelas untuk memasarkan perniagaan menggunakan medium ICT. Sejak dari itu, tempahan jahitan yang diperolehi meningkat dengan ketara serta pendapatan pun akan lebih meningkat terutama di musim perayaan.

Apa yang dipelajari melalui PI1M

Cik Siti Aisyah telah mengikuti kelas latihan asas keusahawanan seperti Kelas MS Word & Excel. Beliau juga mengikuti program kecil Dashboard Komuniti yang dianjurkan Pi1M Kg Pulai Sebatang pada 19/08/2016. Semasa program ini peserta akan diberi latihan untuk memuat naik produk atau perkhidmatan ke dalam aplikasi Myshop dan juga yang terbaru mengikuti kelas keushawanan iaitu latihan E-Basics dan Intel Learn Basic Steps.

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

PI1M membantu mempromosikan produk dengan menyediakan ruangan IKS tempatan untuk meletakkan risalah perniagaan. Memberi tunjuk ajar atau khidmat nasihat untuk mempelbagaikan cara pemasaran di atas talian. Beliau telah mengembangkan perniagaannya melalui online platform FB https://www.facebook.com/ezxuqie.hitchi & Istagram https://www.instagram.com/ayshaaleeya/