Mohd Nizam Bin Shamsudin, mula berjinak-jinak dalam ternakan lembu yang mula dipelajari melalui Allahyarham Hj Rabu, bapa mertuanya. Selepas kematian bapa mertuanya, Mohd Nizam mewarisi bidang ternakan lembu yang di usahakan di tanah berdekatan dengan rumahnya. Cara ini amat sesuai bagi penternak/ pengusaha yang mempunyai keluasan padang ragut sendiri yang mencukupi. Ini memudahkan lembu-lembu membiak kerana ia bebas melakukan sebarang aktiviti.

Ternakan lembunya diberi makan pelepah sawit yang dihancurkan bersama rumput dan digaul dengan makanan rumusan, ini dapat menjimatkan kos. Setiap hari pekerja Mohd Nizam akan membawa pulang dua lori pelepah sawit dan rumput jenis napier untuk makanan ternakan pada sebelah pagi dan petang.