Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Johor telah diadakan pada 12 Disember 2016 bersamaan 12 Rabiulawal 1437H bertempat di Masjid Jamek Daerah Pontian. Pada tahun ini Daerah Pontian telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Johor.

Majlis sambutan telah di rasmikan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku MahkotaJohor. Tunku Ismail bersama Menteri Besar dan tetamu yang lain mengetuai perarakan bersama 70 kontinjen bermula dari Taman Awam Tepi Laut Pontian ke Masjid Jamek Bandar Pontian.

“Ukhwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah”