Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan merupakan salah satu program di bawah Inisiatif Komuniti Pintar.

Tema bagi pertandingan ini adalah ILMU DIKONGSI. Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan.

Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut :

  1. Menggalakkan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat melalui penghasilan kandungan digital.
  2. Mencetus keterujaan di kalangan komuniti tentang pembangunan industri kandungan tempatan.
  3. Transformasi komuniti setempat dalam menjayakan inisitiatif Komuniti Pintar.

Tarikh Tutup Penyertaan :

  • Fasa 1: 31 Mac 2016
  • Fasa 2: 31 Mei 2016
  • Fasa 3: 31 September 2016
  • Fasa 4: 30 November 2016

Sebarang Pertanyaan / Keterangaan lanjut, sila hubungi :

Sekretariat

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO MYKOMUNITIKREATIF

SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)

MCMC TOWER 1, JALAN IMPACT, CYBER 6

63000 CYBERJAYA

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Web : http://mykif.mcmc.gov.my