Jabatan Statistik Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan Kaji Selidik Penggunaan Internet di kalangan Kanak-kanak (Chile Online Protection) yang  dijalankan secara temubual berkumpulan (Child Online Protection Focus Group Study). Tujuan kaji selidik ini dijalankan adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan penggunaan Internet dikalangan kanak-kanak yang berumur 10 – 17 tahun. Maklumat ini adalah untuk membantu pihak SKMM dalam membangunkan garis panduan untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan kanak-kanak ketika melayari Internet.

16 Pusat Internet 1Malaysia yang telah dipilih untuk menjalankan sesi temubual ini termasuklah Pusat Internet 1Malaysia Kg Pulai Sebatang yang turut terlibat sama. Sesi temubual ini telah dijalankan pada 30 November 2015 yang lalu bermula jam 9.00pg sehingga 4.00petang. Sejumlah 20 orang kanak-kanak dipilih sebagai responden bagi setiap Pusat Internet 1Malaysia. Kaji selidik ini dijalankan dalam 4 sesi di mana satu sesi akan melibatkan 5 orang responden.