Program Sambutan Maulidur Rasul Nabi Muhammad SAW 1439H Masjid Jamek Pulai Sebatang telah diadakan pada 20 Jan 2018. Pelbagai aktiviti telah diadakan bermula pada 18 Jan 2018 (Khamis malam Jumaat) dengan bacaan Yassin & Khatam Al Quran. Pada 19 Jan 2018 aktiviti Rewang, Berzanji, Marhaban, Pertandingan Mewarna, Majlis Aqiqah & Penyampian Hadiah Pertandingan & Cenderhati telah dijalankan. Kemuncak sambutan pada 20 Jan 2018 pula telah diadakan Perarakan, Persembahan Nasyid, Ceramah & Penyampian Hadiah Kecemerlangan.