Pusat Internet Kampung Pulai Sebatang merupakan projek kerajaan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan inisitif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd

Mula beroperasi sepenuhnya pada 7 Mac 2009. Tujuan Pusat Internet ini ditubuhkan adalah untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat serta kemudahan capaian internet jalurlebar berkelajuan tinggi serta pendidikan asas ICT kepada komuniti setempat tidak mengira peringkat umur terutamanya di Kg Pulai Sebatang dan juga Mukim Api-Api sebagaimana dalam seruan kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang celik IT menjelang tahun 2020. 

Dengan adanya Pusat Internet, diharapkan dapat membantu komuniti dalam menguruskan aktiviti seharian dan menambahkan ilmu pengetahuan mereka. PI menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada komuniti agar mereka semua dapat menggunakan perkhidmatan ini dengan sebaik mungkin.